KAEDAH PENGIRAAN BILANGAN HARI BERKURSUS

Pengiraan bilangan hari berkursus setahun bagi tujuan perekodan adalah seperti berikut :     

Bil Program Latihan Jenis Aktivti
1.

Latihan

  1. Tempoh 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
  2. Minimum 2 hari setahun (wajib dihadiri)
  3. Kursus pendek jangka panjang (melebihi 3 bulan tidak diambilkira)
2.

Sesi Pembelajaran (Bersemuka)

  1. Kehadiran 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
  2. Maksimum adalah 5 hari setahun
  3. Pembentangan kertas kerja / Ceramah 1 kertas yang dibentang bersamaan 1 hari maksimum 3 hari sahaja
  4. Bagi penemuan mentor-mentee serta sesi perbincangan / perkongsian idea dengan pengurusan tertinggi (catatan perbincangan mestilah dibuat di dalam sebuah buku catatan)
3.

Sesi Pembelajaran
(Tidak Bersemuka)

  1. Kehadiran 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
  2. Maksimum 5 hari setahun
4.

Pembelajaran Kendiri

  1. Satu sesi pembentangan perlu diadakan di peringkat Jabatan, Bahagian, Cawangan atau Seksyen. Seorang pegawai di peringkat Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas) atau Pegawai Pengesah Latihan perlu hadir sebagai penyelia. Setiap satu pembentangan diiktiraf sebagai satu hari berkursus.
  2. Maksimum 3 hari setahun iaitu bersamaan dengan 3 kali pembentangan dalam setahun